Tip mengatasi anak susah makan


Anak susah makan merupakan antara permasalahan yang sering dikeluhkan ibu bapa terutama para ibu. Bermacam-macam cara dibuat namun ianya seolah tidak berhasil untuk mengatasi masalah ini. Bahkan ada yang menjadi tertekan dan stress setiap kali mahu memujuk si manja untuk menjamah makanan. Sedangkan ramai ibu seringkali khuatir sama ada anak mereka mendapat gizi seimbang setiap kali makan, inikan pula ibu yang anak mereka sedia ada susah makan. 

Oleh itu, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa mencari jalan penyelesaian terhadap permasalah ini sebelum ianya terlambat. 

Berikut adalah 9 tips dan cara untuk meningkatkan selera makan anak anda:
  1. Sajikan makanan dalam kuantiti yang sedikit bersesuaian dengan usia dan saiz perut anak anda 
  2. Berikan anak anda variasi menu dalam pemakanan hariannya
  3. Gunakan kreativiti untuk menghias makanan si manja semasa menyediakan makanan anak anda supaya dapat menarik minatnya untuk makan
  4. Jadikan waktu makan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan
  5. Sediakan satu jadual pemakanan dan ikut jadual tersebut secara disiplin: ini akan mengajar anak anda untuk terbiasa dengan routine pemakanan hariannya
  6. Jangan gunakan paksaan dan kekerasan ketika memujuk anak untuk makan. Alihkan juga perhatian si manja daripada sebarang gangguan seperti televisyen dan sebagainya.
  7. Libatkan anak dalam proses penyediaan makanan: perkara ini membuatkan mereka merasa lebih dihargai
  8. Hadkan pengambilan air semasa makan: sekiranya anak anda mengamalkan pengambilan air yang terlalu banyak ketika makan, ini akan membuatkan mereka merasa kenyang dan tidak mahu makan lagi
Sources : Google 

No comments:

Post a Comment





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...